Sample text

PIHAK ALUMNI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH BEKAS-BEKAS PELAJAR SEGi TRAINING CENTRE DAN KOLEJ SEGi SERI KEMBANGAN. SEMOGA IKATAN PERSAUDARAAN DI ANTARA AHLI-AHLI ALUMNI DAPAT DIKEKALKAN

tajuk

Tentang

Sejarah Alumni SEGi SK


SEGi Seri Kembangan (SSK) adalah salah sebuah pusat latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Sejak ditauliahkan pada tahun 2002, STCSK telah melahirkan lebih daripada dua ribu orang graduan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang di mana hampir 95% adalah bumiputera.

Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar SSK telah menubuhkan ALUMNI Pelajar. ALUMNI SEGi Seri Kembangan mula ditubuhkan pada Februari 2009 di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Penubuhan ini bertujuan untuk menyatukan kembali bekas pelajar SEGi Seri Kembangan bermula dari ambilan Julai 2006 sehinggalah kumpulan pelajar yang terakhir bergraduat. Proses ini dimulakan dengan pengisian borang pendaftaran oleh bekas pelajar yang dihantar kepada mereka melalui pos. Lebih dari seribu (1000) pucuk surat dikeluarkan kepada bekas pelajar ini. Sambutan dari bekas pelajar amat menggalakkan.

Usaha yang dilakukan ini bertujuan bagi memastikan graduan yang dihasilkan oleh STCSK dapat dipertingkatkan mutunya dari tahun ke tahun dan seiring dengan kehendak industri. Selain itu, ianya adalah bertujuan untuk menyatukan kembali bekas pelajar STCSK yang telah lama terpisah. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan dalam unit ALUMNI pelajar ini. Diharapkan agar dengan tertubuhnya ALUMNI ini ikatan diantara bekas pelajar dan warga SEGi Seri Kembangan akan berkekalan. Selain itu, ALUMNI ini juga akan berkembang dari satu genarasi ke genarasi yang lain serta memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. 

=========================================================================


CARTA ORGANISASI ALUMNI





Ahli Jawatankuasa Alumni SEGi Seri Kembangan

Yang Di-Pertua
Saudara Amirul@Zawary Abdul Rahman - facebook Available
Timbalan Yang di-Pertua
Saudara Mohd. Taufiq Kusai  - facebook Available
Setiausaha
Saudara Mohd Rajis Bin Yaakob - facebook Available
Bendahari
Saudari Juliyana Binti hashim
AJK
Saudara Abu Hanifah Bin Mohd Fauzdi
Saudara Chan Hing Leong 
Saudara Mohd Taufiq bin mohd Yusof - facebook Available
Saudari Nurul Jannah Binti Ayub
Saudari Nursyazwani Binti Mohamad Safian
=========================================================================

KATA ALUAN PENGARAH PERKHIDMATAN LATIHAN



Assalamualaikum Wrh. Wkt.
Salam Sejahtera,

Saya bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan Malaysia negara harmoni dan sejahtera untuk kita sama-sama membangunkannya. Saya juga amat berbesar hati untuk bersama-sama dengan warga korporat SEG International Berhad (SEGi) dalam membangunkan jenama SEGi sebagai salah sebuah institusi pendidikan dan latihan yang terbesar di Malaysia.
          Justeru, saya juga begitu teruja apabila diminta untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam Wadah Aspirasi yang julung kali dikeluarkan oleh SEGi Training Centre Seri Kembangan (STCSK) kerana ia menunjukkan bahawa pusat-pusat latihan SEGi melangkah setapak lagi ke tahap yang lebih tinggi untuk menyokong usaha Kerajaan memperkasakan latihan kemahiran disemua peringkat di Negara kita Malaysia.
         Sejak mula berkecimpung dalam latihan kemahiran pada 1992, SEGi telah melatih hampir 10,000 orang belia dalam bidang kemahiran di Malaysia. Malah SEGi Training Centre Seri Kembangan (STCSK) juga menunjukkan pencapaian cemerlang apabila mengeluarkan sekitar 400 - 600 graduan kemahiran setahun sejak 2006. Sejak dahulu lagi SEGi mementingkan kualiti latihan dengan memastikan tenaga pengajar, fasiliti latihan serta kurikulum yang memenuhi syarat kelayakan badan-badan pengiktirafan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (JPK, KSM) dan lain-lain lagi. Malah untuk menjamin nilai kebolehkerjaan para graduan kami secara holistik, SEGi telah memasukkan nilai tambah yang lain apabila Holistic Competencies Transformational Model TM (2008) diperkenalkan di SEGi di mana STCSK sebagai perintis kepada projek tersebut.
            Pada tahun 2009, SEGi mengambil langkah berani apabila memperkenalkan konsep inkubator di mana pelatih diberi ruang untuk merasai sendiri pengalaman bekerja dan berurusan dengan para pelanggan melalui Fortune Angle Kitchen & Restaurant bagi bidang (Culinary Arts, Chef & F&B), Fortune Angle Car Care & Wash (Automotive), Fortune Angle Boutique ( Dressmaking & Art Design), Fortune Angle Beauty & Spa (Beautician & Personal Care), Fortune Angle Hair Stylish (Hair Dressing) dan Fortune Angle Budget Suite (Front Office & Hospitality). Melalui ruangan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada warga kerja di Kementerian Sumber Manusia kerana terus meyakini kredibiliti SEGi dalam menjalankan program-program kemahiran. Begitu juga badan-badan penaja seperti Kementerian Belia dan Sukan dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang turut memberi kepercayaan terhadap usaha kami selama ini. 

          Jutaan terima kasih juga untuk barisan kepimpinan SEGi Berhad yang tidak jemu menyokong pembangunan ‘talent management’ di kalangan warga kerja kumpulan latihan kemahiran SEGi serta menaruh kepercayaan dan keyakinan yang tinggi untuk kami terus berjuang untuk menjadi salah satu sayap perkasa untuk memantapkan jenama SEGi di Malaysia. Begitu juga dengan barisan kepimpinan di semua pusat latihan SEGi di seluruh Malaysia yang sentiasa komited menjalankan tugas yang diamanahkan. Malah, Jabatan Perkhidmatan Latihan SEGi akan terus komited untuk menjayakan usaha SEGi untuk menerokai latihan peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Kita percaya, dengan niat yang betul, usaha yang telus dan sokongan yang padu dari semua lapisan warga kerja, serta dengan izin-Nya, kejayaan dan kecemerlangan setentunya dapat dicapai bersama-sama.


Semoga STCSK terus menjulang motto SEGi ‘Passion Guided Industry Driven’ dalam setiap langkah anda menuju kejayaan.
Sekian. Terima kasih

EN. ANNUAR ZAMZURY JOLIS

Pengarah Perkhidmatan Latihan
SEG International Berhad

=========================================================================


KATA ALUAN PENGURUS KANAN PUSAT BERTAULIAH


Assalamualaikum Wrh. Wkt.,
Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan rasa syukur saya kepada Allah SWT kerana dengan izinNya menjadikan SEGi Training Centre Seri Kembangan (STCSK) berjaya sehingga ke hari ini. Malah, dengan penerbitan Wadah Aspirasi yang menjadi ruang bagi kami berkongsi peristiwa kejayaan dan aktiviti-aktiviti pelajar dari Julai 2008 – Jun 2009. Penerbitan ini juga bersempena dengan ulang tahun penjenamaan semula STCSK yang ke 3. Pada 2006, kami bermula dengan 3 buah program kemahiran, 6 orang warga kerja dan 60 orang pelatih, kini, STCSK telah memiliki 9 buah program, 70 orang warga kerja dan hampir 1,000 orang pelatih yang aktif pada 2009.
             Kejayaan tersebut, tidak akan dapat dikongsi bersama, tanpa sokongan yang padu dari warga korporat SEG International Berhad (SEGi) yang merangka pelbagai strategi berkesan, serta sokongan tidak berbelah bagi dari warga kerja STCSK yang komited untuk mencapai visi dan misi syarikat. Terima kasih semua!
            STCSK sentiasa ingin mencari kelainan agar graduan kami lebih menonjol dan meningkatkan tahap kebolehkerjaan mereka di dalam industri yang diceburi. Sejak 2006, hingga kini, kami memiliki hampir 100 majikan yang bersama-sama memberi pandangan, berkongsi idea, serta memberi peluang kepada graduan kami untuk menempatkan diri dalam bidang kerjaya pilihan mereka. Bermula dengan Pre-Industrial Training Scheme(PITs) yang diperkenalkan pada akhir 2007 dengan 6 syarikat perintis, kini program berkembang sehingga menjadi pilihan kepada 70 buah majikan untuk memberi peluang kepada pelatih STCSK mengasah bakat berkomunikasi mereka secara professional serta membina sendiri jaringan di dalam industri sebagai persediaan mereka bekerja. Dari jaringan inilah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar kami merintis penubuhan Alumni SEGi Seri Kembangan.
             Dengan mengambil kira kecenderungan ekonomi dunia yang kini menghala ke satu-satunya negara yang memiliki tembok terbesar dan terpanjang di dunia, iaitu negara China. Bahasa Mandarin mula diajarkan di STCSK sebagai bahasa ketiga selepas Bahasa Inggeris pada tahun 2009, malah sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.
Kini, STCSK mengorak langkah untuk menawarkan program latihan kemahiran sehingga ke tahap 4 sebagai komitmen kami menjadi Centre of Excellent. Kami juga telah bersedia untuk menjalankan program Persijilan Kemahiran Malaysia di peringkat antarabangsa.
            Kepada, Ms. Hew Moi Lan, Ketua Pengawai Operasi, SEGi dan En. Annuar Zamzury Jolis (Pengarah Perkhidmatan Latihan, SEGi), saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan anda terhadap kami menjalankan amanah mendidik anak bangsa di STCSK.
Kepada warga STCSK harapan saya agar kita dapat terus bersatu padu sebagai warga kerja yang produktif, mempraktikkan budaya kerja yang telus dan jujur, komited terhadap komitmen yang diberikan serta mempunyai attitude yang proaktif terhadap visi dan misi syarikat. Mendidik adalah amanah yang berat dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Kepada para pelatih dan para graduan, teruskan usaha untuk mencapai yang terbaik di dalam hidup anda. Hanya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sahaja yang mampu membawa anda mencapai impian.


Akhir kata, selamat menyambut ulang tahun yang ke 3. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.



Sekian. Terima kasih.

PN. HAFIZAH JOHAR
Pengurus Kanan Pusat Bertauliah
SEGi Seri Kembangan
=========================================================================


KATA ALUAN KETUA JABATAN HEP



 


Assalamualaikum..w.b.t

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, SEGi Training Centre Seri Kembangan (STCSK) kerana berjaya menubuhkan alumni SEGi Seri Kembangan (ASSK). Dalam tempoh 3 tahun sejak penjenamaan semula, STCSK telah berjaya melahirkan graduan dalam pelbagai bidang kemahiran sejak tahun 2006. Ia merupakan tempoh yang agak baru bagi sesebuah institusi kemahiran. Penyatuan bekas graduan di bawah satu alumni diharap dapat membantu dalam menyumbang ke arah pembangunan STCSK serta membentuk rangkaian antara para graduan di seluruh negara. Jika anda merupakan bekas pelajar SEGi Training Centre Seri Kembangan, anda layak menyertai alumni SEGi Seri Kembangan. Kami mengalu-alukan penyertaan saudara saudari sekelian.
         ASSK yang ditubuhkan oleh JHEP, STCSK bertujuan untuk mengerat dan merapatkan tali silaturahim di kalangan bekas pelajar STCSK dan ia juga merupakan landasan untuk bekas pelajar bertemu dan bertukar fikiran. Kami bersedia membantu anda untuk sentiasa berhubung dengan bekas pelajar STCSK dan juga mendapat berita terkini mengenai perkembangan STCSK. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bakal disediakan. Harapan kami agar saudara dan saudari akan sentiasa berhubung dengan pihak kami bagi mempertingkatkan keakraban di kalangan bekas pelajar STCSK yang terdahulu dan terkini. Maklumbalas dan sokongan anda amat penting bagi memastikan alumni SEGi Seri Kembangan dapat berjalan dengan lancar.



Akhir kata, adalah menjadi aspirasi saya agar alumni ini dapat membantu pihak kami mempromosikan SEGi Training Centre Seri Kembangan kepada kumpulan sasaran kerana saudara saudari dan bakal pelajar adalah pewaris kegemilangan Negara dan institusi ini.

Sekian, Terima kasih


EN. YAACOB RAJI
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
SEGi Seri Kembangan

=========================================================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...